Bangkit....!!


Saya tidak KALAH apabila berada di BAWAH. 
Saya hanya KALAH sekiranya TIDAK BANGUN semula.
Sekali jatuh tidak bangun - kalah. 
Sepuluh kali jatuh, sepuluh kali bangun - tidak kalah.
Setiap orang pernah jatuh. 
Hanya mereka yang bangun dan terus bangun selepas setiap kejatuhan, akhirnya akan menjadi juara.
Oleh itu dalam apa juga musibah yang dihadapi, jangan berputus asa. 
Kuatkan semangat dan perbetulkan kesilapan, nescaya kejayaan menunggu anda.

InsyaALLAH..

Read more...

Maharaja Lawak Minggu 4 - Sepah


Read more...

Maharaja Lawak Minggu 4 - Nabil


Read more...

Maharaja Lawak Minggu 4 - Jozan


Read more...

(Terbaik) Maharaja Lawak Minggu 4 - Jambu


Read more...

Solat Jumaat : Benteng Ummah Yang Semakin Retak



Allah SWT telah menganugerahkan satu hari dalam seminggu untuk kita berkumpul beribadah kepadanya. Di dalamnya mengandungi begitu banyak keistimewaan serta hikmahnya tersendiri berbanding hari-hari lain. Di dalamnya ada waktu yang sangat mustajab untuk berdoa. Di dalamnya disyariatkan solat Jumaat dan di dalamnya juga disyariatkan khutbah Jumaat. Firman Allah SWT di dalam maksudnya:
 " Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diseru untuk mengerjakan solat Jumaat maka bersegeralah kepada mengingati Allah dan tinggalkan jual-beli. Itu adalah lebih baik bagi kamu jika kamu ketahui." (surah Al-Jumuah ayat: 9)
Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu direbut manfaatnya untuk beroleh ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Barang siapa pergi ke masjid (untuk solat Jumaat) pada saat yang pertama, maka seakan-akan dia berqurban seekor unta. Dan barang siapa yang pergi ke masjid pada saat kedua, seakan-akan dia berqurban seekor lembu. Dan barang siapa yang pergi ke masjid pada saat ketiga, seakan-akan dia berqurban seekor kambing biri-biri yang bertanduk, dan barang siapa yang pergi ke masjid pada saat keempat, seakan-akan dia berqurban seekor ayam. Dan barang siapa yang pergi ke masjid pada saat kelima, seakan-akan dia berqurban sebiji telur... (hadis riwayat Albukhari, Muslim, Ahmad dan Abu Daud)
Jumaat atau dalam bahasa Arabnya daripada perkataan "jama'a", bermakna 'berkumpul'. Makna berkumpul itu sendiri boleh dilihat melalui tuntutan menunaikan solat Jumaat ini. Pada waktu ini, para jemaah berkumpul untuk mendirikan solat di samping mendapatkan ilmu daripada bacaan khutbah bersama-sama jemaah lain tanpa menghiraukan soal status, pangkat, dan kekayaan masing-masing. Pada ketika inilah manusia itu dipandang sama dan setaraf.
Itulah antara hikmah diciptakan hari Jumaat. Ia seakan ruang terbaik untuk manusia kembali berkumpul dan bersatu. Malah hikmah Allah SWT mewajibkan solat Jumaat adalah supaya kita sentiasa diperingati untuk menambahkan ketaqwaan kepada-Nya. Dengan disyariatkan khutbah Jumaat jugalah telah memberi peluang kepada kita untuk mendengar nasihat dan peringatan agar dapat memperbaharui keimanan kepada Allah serta mencambahkan lagi kecintaan terhadap Islam.

Read more...

Gambar - Gambar

Enjoy !! =)


 Xleh tinggi lagi ke bang??? =)


 Felllllari pon kena la.... =)


 Haaaa kau... JPJ pon kena.. Undang2 tetap undang2.. =)


 So, jom la ramai2 masuk.. Die BERDAKWAH.. Bagus2.. =)


 Apa kesss??? =)


 RXZ converted ATV.. =)


Apa ni?? Ish3.. =)

Read more...

Jangan Pakai Rav4 Kalau Dah Kahwin.. Teruk Padahnya..


Read more...

Take Note!! Jangan Jilat Pelekat Sampul Surat

Harap2 kat Malaysia tak mcm ni la... Huhu.. Korang baca dulu la ye.. 

Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California.
Beliau tidak menggunakan span untuk pelekat sampul suratnya tapi sebaliknya
menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka
kecil pada lidahnya.
Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor
untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya.
Tetapi setelah diperiksa oleh doktor, tiada apa yang tidak kena dengan
lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanyalah luka kecil dan bengkak biasa.
Wanita itu tidak merasakan sakit atau kebas walaupun lidahnya
bengkak. Tetapi setelah hari berganti hari, bengak pada lidah wanita
tersebut semakin membesar.Dengan rasa yang tidak puas hati beliau
terus berjumpa doktor kembali dan memaksa doktor berbuat sesuatu pada
lidahnya.
Doktor tersebut terus mengarahkan wanita itu menjalani ujian
x-ray. Keputusannya doktor tersebut mendapati terdapat satu benjolan
pada lidah wanita itu. Lantas doktor menasihatkan agar wanita itu
menjalankan pembedahan kecil pada lidahnya untuk memastikan punca
benjol pada lidah wanita tersebut.
Tetapi apa yang berlaku ialah sebaik sahaja doktor memotong bahagian
yang benjol tersebut, seekor lipas keluar daripada lidah wanita itu
Kesimpulannya, terdapat telur lipas pada pelekat sampul surat yang dijilatnya.
Telur itu mampu menetas didalam lidah dan kelembapan didalam
mulutnya.

Ini adalah kisah benar yang ditulis di dalam berita CNN.
Andy Humes menulis:

“Saya pernah bekerja di dalam kilang membuat sampul surat.”

“Anda tentu tidak percaya jika saya mengatakan didalam tangki pelekat
untuk diletakkan pada penutup sampul surat terdapat beraneka benda
yang terapung di permukaan “tray” gam tersebut!”

“Saya sudah bertahun tidak mengamalkan perbuatan menjilat perekat
sampul surat sebaliknya saya menggunakan span basah.”

“Saya juga pernah bekerja di sebuah syarikat percetakan. Majikan
tidak membenarkan pekerjanya menjilat sampul surat.
Saya tidak pernah faham mengapa.

“Satu hari apabila saya menarik satu palet sampul surat sebanyak 2500
kotak. Di belakangnya terdapat banyak sekali lipas dan telur lipas di
suatu sudut pada kotak kertas. Saya melihat beberapa ekor lipas
sedang menikmati gam pada sampul-sampul surat tersebut!”

Read more...

Terminator 2 @ Indo


Read more...

Maharaja Lawak - Minggu 3 - Nabil


Read more...

Zikr & Otak



Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.
Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudaraku se-Islam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya.
Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Read more...

Mario Balotelli can't put his bib on (HQ)


Read more...

Kekayaan Dunia = Kekayaan Akhirat??


Duit!Duit! Dimana saja Duit!
Alangkah indahnya kehidupan orang kaya. Cakap sahaja apa yang dimahukan, hampir semuanya boleh dapat. Malah, kalau pegi ke mana-mana, ada sahaja yang hendak memberikan layanan ala first class. Jadi kalau ditanya kepada sesiapa – mahukah menjadi papa ataupun muflis? Jawapannya sudah tentu tidak!
Namun, dalam pada ramai yang cuba mengelak daripada menjadi muflis di dunia, ada antaranya pula terlupa untuk mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak bankrap di akhirat. Sebab itulah ada yang ghairah mengaut kekayaan dengan bermacam-macam cara sama ada 'halal' ataupun 'haram'. Tetapi di celah-celah itu juga masih ada terselit segelintir orang yang begitu ghairah membuat persiapan untuk kaya di akhirat. Cuma sayangnya, mereka papa pula di dunia.
Menurut Prof Madya Hj Mohd Nor Mamat, pensyarah di Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, seorang Muslim bukan hanya perlu mengejar kemewahan duniawi, tetapi juga kekayaan akhirat. Ini bersandarkan kepada sepotong ayat yang terdapat dalam kitab al-Quran.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Hendaklah tuntut kampung akhirat dengan (kekayaan) yang diberikan Allah kepada engkau dan janganlah engkau lupakan bahagian (nasib) engkau dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada manusia) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepada engkau dan janganlah engkau berbuat bencana di muka bumi. Sesungguhnya Allah tiada mengasihi orang-orang yang memperbuat bencana itu." (al-Qashash:77)
Tegas beliau lanjut, penilaian kepada muflis di dunia adalah bersandarkan kepada harta, sementara akhirat pula adalah pahala. Justeru itu, untuk menjadi individu kaya di 'hari kemudian' kelak, kekayaan harta dunia itu perlu ditransformasi atau ditukarkan kepada bentuk pahala.
Lakukan transformasi
"Kita tidak boleh mengejar kekayaan hanya untuk di dunia atau hanya untuk di akhirat sahaja. Kita juga tidak boleh menjadi bankrap di dunia semata-mata hendak menjadi kaya di akhirat. Kita kena kedua-duanya sekali. Sebab manusia yang paling baik adalah yang kaya di dunia dan kaya juga di akhirat. Dengan kata lain, dia kaya harta dan kaya pahala," hurai beliau.
Sambung Prof Madya Hj Mohd Nor, individu kaya beruntung kerana dia boleh menukarkan aset dunianya bagi membolehkan dia membuat pelaburan pahala di akhirat. Hal ini berbeza pula dengan orang yang kurang berada, apalagi seorang fakir. Namun, golongan yang berada harus ingat – kalau hari ini dia kaya di dunia, tidak mustahil dia boleh menjadi muflis di akhirat gara-gara gagal menggunakan hartanya secara berhikmah di jalan Allah. Dan boleh jadi harta itu juga akan menyebabkan dia lengah masuk syurga.
Namun, bagi yang kurang berada pula, walaupun peluang menggandakan pahala untuk akhirat tidak sebanyak orang kaya, dia juga sebenarnya turut beruntung. Ini kerana kata Prof Madya Hj Mohd Nor, kurang harta akan menyebabkan dia kurang berbuat dosa dalam proses pengendalian harta yang ada.
Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat pelbagai cara untuk mengaut pahala demi kekayaan di akhirat. Bagi yang berkemampuan dari segi material, sudah tentu membelanjakan harta dalam bentuk yang diredai Allah boleh menukarkan ia kepada pahala. Bagaimanapun, tegas beliau, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi.
"Syarat pertama, benda yang kita belanjakan itu tidak termasuk dalam perkara haram. Kedua, niat mestilah ikhlas kerana Tuhan. Ketiga, kena melakukan dengan sedar. Jika tersilap bagi itu, itu termasuk dalam kategori tidak sedar. Jadi tidaklah mendapat pahala. Dan yang keempat pula tidak menafikan arahan-arahan Tuhan yang lain. Kalau cukup syarat tadi, perbelanjaan harta kita akan bertukar kepada pahala akhirat," jelasnya sambil menambah semuanya itu turut dikenali sebagai syarat ibadah umum.
Mengulas perihal ada orang yang sanggup menghabiskan keseluruhan hartanya untuk bersedekah, Prof Madya Hj Mohd Nor berkata, itu bukanlah cara terbaik untuk membuat pelaburan di akhirat. "Kalau kita hendak mendapatkan banyak pahala sebagai saham di akhirat, janganlah pula sampai kita melarat, tidak boleh hidup di dunia... Kita kena tengok model Rasulullah SAW," ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau memetik kisah yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad. Baginda pernah bertanya kepada sahabat – siapa yang mahukan pahala di akhirat dengan menginfakkan harta benda mereka? Lantas Abu Bakar bangun dan berkata ya. Rasulullah bertanya berapa banyak? Dan Abu Bakar memberitahu ingin menginfakkan keseluruhan hartanya sehingga yang tinggal hanyalah rasul dan Tuhan.
Mendengar kata-kata Abu Bakar, Nabi Muhammad terus berkata tidak boleh. Kemudian Umar Al-Khattab pula menawarkan diri dengan menginfakkan separuh daripada hartanya. Ini turut ditolak oleh baginda. Sebaliknya Rasulullah menegaskan bahawa hanya satu pertiga sahaja yang boleh diinfakkan. Selebihnya adalah untuk diri dan keluarga.
Bersedekahlah kepada keluarga
Sambung Prof Madya Hj Mohd Nor lanjut, walaupun seseorang itu melakukan sesuatu demi meraih pahala untuk akhirat, dia tidak boleh meletakkan dirinya di dunia dalam jurang kemusnahan. Dengan kata mudah, seorang Muslim tidak boleh sengaja menyusahkan dirinya. Selain itu, beliau turut menegur sikap kebanyakan Muslim yang menganggap sedekah tidak boleh diberikan kepada keluarga. Tegasnya, ini merupakan antara salah faham yang perlu diperbetulkan.
"Bagi sedekah dalam Islam sebenarnya bermula dari kaum kerabat dulu. Maknanya kalau kita tidak beri cukup makan kepada keluarga kita, tetapi kita beri sedekah kepada orang lain walaupun anak yatim, itu sudah kira salah. Kita kena utamakan keluarga, kemudian baru kepada anak-anak yatim. Kalau emak kita miskin, kita kena bagi dulu kepada emak. Sebab sedekah kepada emak itu lebih perlu," beritahunya.
Selain itu, untuk meningkatkan saham pahala di akhirat, seseorang itu juga perlu berilmu. Ini kerana dengan ilmu tersebut dia akan bijak membuat pilihan disebabkan dia tahu yang man satu harus menjadi keutamaan. "Ulama ada kata, orang berilmu buat benda sikit. Tetapi pahalanya banyak sebab dia tahu mana satu menjadi keutamaan. Dia bijak dalam mengenal peluang pelaburan."

Read more...

Ekau ni bertudung ko, berpesyen?

Comel kan??
Mari kita kupas isu "Bertudung atau berfesyen?"

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Juga ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (brooch) yang menarik. Malah labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung.
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah, lalu jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.
Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.
Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang.
Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki.
Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas.
Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya.
Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan.
Sekian, wassalam.

Read more...

WTJ Getz


Assalamualaikum......
Ni just nak share gambar2 and sum updates about my car. My first car! Bukan nak bangga tp just utk tontonan umum.. haha... =)

Hyundai Getz no. pendaftaran WTJ 34**, hehe.... Tarikh lahir 23/11/2009... Tp ade sket xpuas ati time deliver kereta ni, tayar kembong, battery kong... Huuhu... Tp performance tetap best.. Before klua kereta ni, rase mcm nak ambik Myvi, tp selepas test-drive dua2 kereta, so i decided to choose Hyundai Getz.. Beza dlm 2-3k je... Tp yg lain jauh beza.. Alhamdulillah x salah pilih... It's Snowwhite painted.. Ade sket2 lining hitam.. Tp selepas 1 tahun pakai, dah jadikan all-white.. So nampak elegant sket.. =) Kat bawah ni nanti, aku akan post the old-version of my car... Dulu ade letak lining Italy seblah passenger depan, tarik dari depan sampai blakang... Tp skrg da lain sket.. Looks more elegant to ME.. Hehehe.. And for information, i've joind Getzzone (www.getzzone.com) since Ramadhan last year... So, sesiape yg ade pakai Getz, bleh la join group ktorg ye.. =) Yg xpakai Getz pon bleh gak join.. Xde masalah... So, selepas diracun oleh brother2 Getz, kereta aku dah pon masuk CAI ( Cool Air Intake ), agak memuaskan... Air flow sedap sket.. Selang beberapa bulan, aku dah pon tuka tabung tengah and masuk S-Flow exhaust.. Ade 1 perkara lagi, kalau korg nk gi carwash (especially yg kereta colour Putih), jgn la korg suke2 pakai UBAT yg di offer oleh kedai berkenaan.. Sbb aku dah terkena.. Lepas basuh mmg nmpk cun, tp dah lame2, die makan colour.. Habis kereta aku colour mati.. Time tu, aku pon pelik sbb x sampai 1thn, colour da mati.. Then, ape lagi kena polish la jawabnye... Nasib baik gi polish kat kedai yg betul.. Cun melecun kereta aku lepas pekena HD Polish.. Nampak mcm cat baru.. Hehehe.. Ok, the my car is Lowered by APM Sportspring Original Hyundai.. Drive tambah selesa sebab x bouncy sgt dah.. Latest things dat i've done to my car was, roof carbon... Looks cool tho, nmpk mcm kereta rendah sket.. =) Looks better and nicer.. Ade lagi beberapa perkara nak buat, tp tunggu dulu............... Fulus xdak.. Hahaha.. Ok la, setakat ni tu je kot yg nak di share.. Gambar akan di post sekejaaaaaap je lagi... =) Any update, i'll buzz you guys on.. Enjoy!




STAGE 1
.: Sebulan Selepas Keluar Dari Kedai :.


 Tu dia... Dia mai dah.. Hehehe.. Ni la wajah kereta yg masih suci lagi.. 
Tp grill depan dah tukar.. =) Time die tgh demam TRD lagi, tu yg ade emblem trd tu.. Haha..
Added Myvi Eye-Lid..




 Haaa.... First stage.. Konon2 nak tiru Evo, tp mcm jadi lain je.. Haha..
Hasilnye, kite tgk gambar bwh ni.. =)




Selesai sudaa acara cat mengecat.. =) Sbanrnye dlm stage ni ade letak spoiler..
Tp malangnya, time tu lupa nak ambik gamba.. So, xde la.. Hehe..
Tp maybe dlm gamba2 lain, ternampak lah spoiler tu..
Bak kata ade salah sorg brother Getzzone, spoiler tu ala2 spoon (Honda)..
Ye kot.. Lebih kurang la.. =)



Next is Stage 2.. Nantikann yea..

[ LaifIsSoKul ] 


Read more...

Bicara Penghias Kata


Dingin malam berlagu syahdu,
Membuai rasa rindu terharu,
Pabila diusik angin senja tatkala malam menjelang,
Terimbau kembali masa lampau,
Yang sering terngiang dalam fikiran,
Masakan lapuk dek pukulan masa,
Kenangan dan pengalaman,
Itu sebenarnya erti pengajaran,
Ajaran penting dalam kehidupan,
Perkasakan kita untuk maju terus ke hadapan.

Malam terus berlalu di iringi bayu,
Hampirkan embun mula muncul,
Hati masih lagi terkedu,
Mengiramakan masa dulu,
Tetapi itulah erti hidup sebenar.

Di uji di duga oleh-Nya,
Bukan erti untuk menganiaya,
Malah mematangkan kita,
Terkadang terfikir kenapa adanya segala,
Tersurat sudah semua kehendak,
Haluan sendiri pilihan sendiri,
Namun takdir-Nya tetap.

[ LaifIsSoKul ]


Read more...

Langkah Satu Kata Mula

ASSALAMUALAIKUM

Setelah sekian lama nak buat blog, akhirnya buat gak.. Act, dulu penah ada blog tapi utk jual2 barang but now its the time to share things with ppl.. =) Blog ni saya create xde kene mengena utk yg hidup atau pon yg telah tiada.. Blog ni di create atas dasar utk berkongsi pengalaman, cerita, dan lain2... So, follow jgn x follow..
More things are coming.. Wait n see.. Chow..
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...